Nombor hadis: (1147)
Dan telah menceritakan kepada kami [Ahmad bin Yunus] dan ['Aun bin Salam] semuanya dari [Zuhair]. [Ibnu Yunus] mengatakan; telah menceritakan kepada kami [Zuhair] telah menceritakan kepada kami [Abu Zubair] dari [Said bin Jubair] dari [Ibnu Abbas] katanya; Rasulullah SAW pernah solat Zhuhur dan Ashar sekaligus di Madinah bukan kerana takut dan bukan pula kerana safar." [Abu Zubair] mengatakan; "Aku bertanya kepada [Sa'id]; "Mengapa beliau melakukan hal itu? Dia menjawab; Aku bertanya kepada [Ibnu Abbas] sebagaimana kamu bertanya kepadaku, lalu dia menjawab; "Beliau ingin supaya tidak merepotkan (memberatkan) seorangpun dari umatnya."