Nombor hadis: (5291)
Telah menceritakan kepada kami [Musa bin Isma'il] telah menceritakan kepada kami [Abdul Wahid] telah menceritakan kepada kami ['Ashim] telah menceritakan kepadaku [Hafshah binti Sirin] dia berkata; [Anas bin Malik] radliallahu 'anhu bertanya kepadaku; "Sebab apakah Yahya meninggal dunia?" Jawabku; "Kerana menderita lepra." Anas berkata; Rasulullah SAW bersabda: "(mati) kerana menderita lepra adalah syahid bagi setiap Muslim."