Nombor hadis: (4101)
Telah menceritakan kepada kami [Abu Nu'aim] Telah menceritakan kepada kami [Malik bin Mighwal] dari [Thalhah] dia berkata; Aku bertanya kepada ['Abdullah bin Abu Aufa radliallahu 'anhuma] Apakah Nabi SAW telah memberi wasiat? Dia menjawab; 'Tidak.' Maka aku berkata; 'Lantas wasiat apa yang diwajibkan atau diperintahkan kepada manusia? Dia menjawab; 'Beliau memberi wasiat dengan kitabullah.'